GEMA JUMAT, 02 FEBRUARI 2018
Oleh: Sayed Muhammad Husen
Wakaf telah berkembang sehingga menjadi tulang belakang kepada menjadi teras kepada pembangunan umat Islam terdahulu dan berkekalan sehingga ke hari ini. Banyak institusi pendidikan seperti Universiti Cordova di Andalus, Al-Azhar al-Syarif di Mesir, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, al-Qurawiyyin di Fez, Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, Pondok Pesantren Darunnajah di Indonesia, Madrasah Al-Juneid di Singapura dan banyak institusi pondok dan sekolah agama di Malaysia adalah berkembang berasaskan harta wakaf.
Universiti Al-Azhar contohnya telah membangun dan terus maju hasil sumbangan harta wakaf. Sehingga kini pembiayaan Univesiti Al-Azhar yang dibina sejak 1000 tahun lalu telah memberikan khidmat percuma pengajian kepada ribuam pelajar Islam dari seluruh dunia.
Merekalah yang menjadi duta Al-Azhar untuk membimbing umat Islam kearah penghayatan Islam di seluruh pelusuk dunia. Sejarah harta waqaf Habib Bugak merupakan bukti nyata bagi Umat Islam di Aceh. Khususnya jamaah Haji yang berasal dari Aceh. Salah seorang hartawan dan dermawan Aceh Tgk H. Habib Bugak dan kawankawan mewaqafkan sebuah rumah di Qusyasyiah (waktu itu antara Marwah dan Masjidil Haram), sekarang sudah berada di dalam Masjidil Haram, dekat pintu Bab al-Falah.
Sesuai dengan akta ikrar waqaf yang disimpan dengan baik oleh nazir, waqaf tersebut diikrarkan oleh Habib Bugak Asyi pada tahun 1224 Hijriah (sekitar tahun 1800 M) di depan Hakim Mahkamah Syariah Mekkah. Didalamnya disebutkan bahwa rumah tersebut diwaqafkan untuk penginapan orang Aceh yang datang dari Aceh untuk menunaikan haji, serta orang Aceh yang menetap di Mekkah, sesuai dengan daya tampung rumah tersebut.
Maka hasil dari waqaf 200 tahun lalu tersebut, sekarang setiap jamaah haji nazhir wakaf Habib Bugak Asyi mengganti uang sewa rumah jamaah haji asal Aceh selama di Mekkah sebesar sewa yang telah dibayar Pemerintah Indonesia kepada pemilik rumah, berkisar antara 1.100 sampai dengan 2.000 Rial.

